Mengenai Kerja

Requirements
IKLAN JAWATAN KOSONG
Kami sedang berkembang pesat dalam sektor pembinaan rumah, pembangunan hartanah, dan perniagaan bahan binaan, ingin membuka peluang kerjaya kepada individu yang berkaliber!
1. HEAD OF SALES & MARKETING - Paku Laris Homes ( PLH ) & Paku Laris Home Center ( PLHC )
Tugas & Tanggungjawab
• Merancang strategi jualan & pemasaran untuk Paku Laris Homes dan Paku Laris Home Center
• Memimpin pasukan jualan & membina rangkaian agen / panel pemasaran
• Mencapai sasaran jualan projek perumahan dan produk bahan binaan
• Membangunkan kempen digital, media sosial & promosi lapangan
• Menyediakan laporan prestasi kepada Pengurusan & Lembaga Koperasi
Kelayakan
• Ijazah dalam bidang Pemasaran, Pengurusan Perniagaan, Harta Tanah atau setara
• Pengalaman minima 5 tahun dalam Sales & Marketing, diutamakan yang pernah dalam industri Perumahan / Hartanah / Hardware dan Bahan Binaan
• Mempunyai pengalaman leadership & strategi jualan projek
• Berpersonaliti menarik, yakin bercakap & bijak berunding
• Keutamaan kepada calon berpengalaman dalam jualan perumahan atau hardware
Gaji asas yang menarik setara dengan kelayakan dan pengalaman ( Bolih Runding )
Termasuk komisyen, insentif & bonus prestasi yang sangat menarik
Faedah tambahan & peluang kenaikan jawatan
Keistimewaan Menyertai Paku Laris Group
• Syarikat & koperasi dalam fasa pertumbuhan agresif
• Prospek kerjaya jangka panjang
• Berpeluang terlibat dalam projek perumahan , hotel & resort, pembangunan komersial, retail dan agro & food industri.
• Suasana kerja professional tetapi mesra
• Potensi kenaikan pangkat dan insentif lumayan berdasarkan prestasi
Lokasi Pejabat
• Wisma Paku Laris, Pasir Puteh
• Atas BSN Machang
Cara Memohon
Hantar CV lengkap + gambar terbaru + rekod jualan (jika ada) ke:
Hanya calon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk temuduga.
Jika anda seorang yang agresif, berorientasi hasil dan mahu membina kerjaya dalam industri hartanah & binaan – inilah peluang anda!
Mengenai Majikan
Paku Laris Group